Informasi Permainan Video Terkini
Soloz Memegang “Malaysia Book of Records” Untuk Pengikut Paling Ramai Di Facebook Bagi Atlit Esukan

Soloz Memegang “Malaysia Book of Records” Untuk Pengikut Paling Ramai Di Facebook Bagi Atlit Esukan

Diterbitkan pada Mei 4, 2020 oleh .

Mohd Faris ataupun Soloz minggu ini diumumkan oleh Malaysia Book of Records sebagai atlit esukan dengan pengikut paling ramai di Facebook. Semasa penganugerahan rekod ini, beliau mempunyai 1.2 juta pengikut.

Soloz merupakan pemain untuk pasukan Bosskurr bagi permainan Mobile Legends. Selain bermain secara profesional, Soloz juga merupakan penstrimer di laman Facebook beliau, yang menjadi sebab utama jumlah pengikut yang ramai tersebut.

Pada akhir bulan lepas, Malaysia Book of Record juga menganugerahkan Atlit Esukan dengan jumlah tontonan video tertinggi di Youtube kepada BiuBiu dari Team Secret.

Tahniah kami ucapkan untuk Soloz, moga ini adalah permulaan untuk sesuatu yang lebih besar di masa hadapan.


TIPS & ULASAN