Salah satu tema dinamik buat konsol PlayStation 4 yang menjadi kegilaan ramai semestinya tema dinamik Tifa dari permainan Final Fantasy VII Remake yang mana sebelum ini ianya ditawarkan hanya melalui kod khas snek Butterfinger.
Terkini, Square-Enix mengumumkan yang mana tema tersebut kini ditawarkan secara percuma buat semua pemain di mana ianya boleh dimuat-turun di PSN Store.
Semestinya apa yang menarik berkenaan tema dinamik ini adalah ianya menyertakan rekaan Tifa yang berada di hadapan ikon-ikon permainan PlayStation 4, sekaligus mempunyai rekaan yang berlainan berbanding tema biasa.
Bagi anda yang berminat, anda boleh ke pautan di bawah untuk memuat-turunnya. Memandangkan pautan muat-turunnya mempunyai dua pautan yang berbeza, kami menyertakan kedua-dua pautan tersebut di bawah untuk memudahkan anda memuat-turunnya.
[download] Muat-turun PSN Store: Tema Dinamik Tifa 1 [/download] [download] Muat-turun PSN Store: Tema Dinamik Tifa 2 [/download]Final Fantasy VII Remake telah pun dilancarkan di PlayStation 4 pada 10 April lepas dan kami juga telah pun membuat ulasan penuh buat permainan tersebut yang mana ada boleh membacanya di bawah.