Bagi anda yang masih meragui sama ada perlukah anda dapatkan permainan ataupun “alat” pembinaan permainan video Dreams: Universe, anda kini tidak perlu khuatir di mana Media Molecule dan Sony Interactive Entertainment minggu ini melancarkan demo khas buat permainan tersebut.

Melaluinya, anda berupaya untuk mencuba beberapa kandungan di dalam permainan tersebut secara percuma yang mana kandungan tersebut dipilih khas oleh pembangun. Selain itu, anda juga berpeluang untuk mencuba bahagian awal Art’s Dream yang mana kami boleh katakan adalah satu kandungan terbaik dan terlengkap buat permainan ini.

Menariknya, Media Molecule juga menyatakan bagi anda yang membeli permainan tersebut setelah mencuba demo ini, segala kemajuan turut disimpan dan boleh di bawa terus ke permainan penuh.

Bagi anda ynag berminat, demo Dreams: Universe boleh dimuat-turun melalui PSN Store di pautan di bawah.

Muat-Turun PS4: Demo Dreams: Universe

Dreams Universe merupakan satu ‘alat’ pembinaan permainan yang dilancarkan secara eksklusif di konsol PlayStation 4. Melalui permainan ini, pemain berupaya untuk menghasilkan pelbagai jenis bentuk permainan, video pendek mahupun pelbagai jenis rekaan dan berkongsinya bersama pemain lain secara atas-talian. Kami sebelum ini juga telah mengulas permainan ini dan anda boleh membacanya di pautan di bawah.

Sohor Kini