Informasi Permainan Video Terkini
Geoff Keighley Umum Acara Summer Game Fest 2020 – Acara Permainan Video Digital Sepanjang Bulan Mei Sehingga Ogos

Geoff Keighley Umum Acara Summer Game Fest 2020 – Acara Permainan Video Digital Sepanjang Bulan Mei Sehingga Ogos

Diterbitkan pada Mei 2, 2020 oleh .

Geoff Keighley iaitu penerbit untuk acara The Game Awards minggu ini mengumumkan acara Summer Game Fest 2020 khas akan berlangsung sepanjang bulan Mei sehingga Ogos ini.

Menurut beliau, acara ini merupakan acara digital khas yang akan menyertakan pelbagai kandungan permainan video daripada pelbagai penerbit seperti pengumuman baharu, demo permainan dan sebagainya.

Menurut Geoff Keighley, acara tersebut pasti menghubungkan peminat dan industri permainan video dengan pelbagai pengumuman bersama berita permainan video dengan keselesaan di rumah.

Seperti yang dijanjikan oleh beliau lagi, acara tersebut juga akan menyertakan demo permainan seperti sesi percubaan khas buat pemain yang akan diumumkan kemudian. Semestinya acara musim panas Game Festival oleh Steam yang diumumkan sebelum ini juga turut tersenarai.

Buat masa ini, antara penerbit dan platform yang tersenarai adalah seperti 2K, Activision, Bandai Namco, Bethesda, Blizzard, Bungie, CD Projekt Red, Digital Extreme, Electronic arts, Square-Enix, Private Division, RIot Games, Steam dan Warner Bros. Interactive.

Menariknya, Geoff Keighley juga umum Sony Interactive Entertainment dan Microsoft turut akan terlibat untuk kedua-dua jenama permainan video mereka iaitu PlayStation dan Xbox.

Acara ini akan diadakan di pelbagai platform sosial media dari Youtube, Facebook, Twitch, Twitter dan sebagainya sebagai rakan kongsi media.

Bagi anda yang ingin ingin mengetahui informasi lanjut seperti mendaftar senarai emel anda untuk mendapat pemberitahuan berkenaan acara tersebut, anda boleh ke laman rasmi Summer Game Fest di sini.


TIPS & ULASAN