Februari lepas, GDC mengumumkan acara yang memfokuskan pembangunan permainan video tersebut ditunda dan kini mereka akhirnya mengumumkan acara tersebut akan kembali pada Ogos ini sebagai acara digital.
Menurut laporan Gameindustry.biz, acara tersebut akan berlangsung pada 4 hingga 6 Ogos ini di mana ianya akan memfokuskan format digital dan ianya boleh diakses untuk semua.
Menurut GDC, mereka menyatakan bahawa acara tersebut pasti akan diadakan dengan kandungan yang berkualiti tinggi dan pada masa yang sama memberi peluang untuk pengunjung berhubung seperti acara sedia ada GDC sebelum ini.
Semestinya melalui acara digital, bukan sahaja acara tersebut akan menjadi lebih mudah untuk diakses, malah pengunjung juga boleh berinteraksi antara satu sama lain tanpa perlu merisaukan risiko berkenaan wabak koronavirus yang semakin tular ini.
Buat masa ini, informasi lanjut berkenaan acara ini masih belum diumumkan dan bagi anda yang ingin terus membaca kenyataan penuh GDC, anda boleh ke pautan rasmi ini.