Informasi Permainan Video Terkini
Kejohanan EVO 2020 Dibatalkan – Acara Khas Atas-Talian Diumumkan

Kejohanan EVO 2020 Dibatalkan – Acara Khas Atas-Talian Diumumkan

Diterbitkan pada Mei 2, 2020 oleh .

Acara kejohanan permainan perlawanan yang sangat terkenal secara global iaitu EVO yang bakal diadakan Ogos ini, kini disahkan di batalkan. Semestinya ianya adalah disebabkan wabak koranavirus (Covid-19) yang semakin tular ini.

Menurut kenyataan rasmi EVO, atas sebab risiko wabak tersebut dan pada masa yang sama untuk memastikan kesihatan buat komuniti, mereka mengambil keputusan untuk membatalkannya.

Menariknya, EVO juga mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan acara khas secara atas-talian kelak. Namun dari segi informasi lanjut berkenaannya, ia akan diumumkan kemudian.


TIPS & ULASAN