Valve hari ini mengumumkan selepas mengambil kira pelbagai aspek keselamatan, mereka telah melihat pelbagai tarikh untuk menganjurkan kejohanan The International, tetapi mengatakan ia berkemungkinan besar akan ditunda ke tahun 2021.
The International iaitu kejohanan terbesar Dota 2 sebelum ini diumumkan akan berlangsung di Stockholm, Sweden.
Namun, mereka masih lagi akan menawarkan Battle Pass untuk Dota 2 di mana 25% daripada akan menjadi hadiah terkumpul untuk kejohanan tersebut. Oleh disebabkan, pembangun mereka sedang bekerja dari rumah, penawaran Battle Pass mungkin akan lebih lewat beberapa minggu berbanding kebiasaan.
Selain itu, Epic Games juga mengumumkan pembatalan untuk kejohanan Fortnite World Cup dan akan lebih memfokuskan kepada kejohanan di dalam talian sepanjang tahun 2020 ini.
Pandemik Covid-19 sudah semestinya mengubah landskap kejohanan esukan, namun kerana ia masih lagi boleh berlangsung secara digital, kesannya tidaklah seteruk sukan-sukan lain.