Menurut laporan Gamespot, DICE minggu ini mengesahkan yang mana permainan Battlefield seterusnya akan dilancarkan pada tahun 2021 ini di mana ianya akan dibangunkan buat konsol PlayStation 5 dan Xbox Series X, termasuklah juga di PC.

Semestinya ini bukanlah satu berita yang mengejutkan memandangkan EA dan DICE sebelum ini telah pun mengumumkan yang mana mereka tidak lagi akan menyertakan kandungan baharu buat kedua-dua permainan penembak multi-pemain mereka iaitu Battlefield V dan Star Wars Battlefront 2.

Tambahan itu, dengan bakal tibanya konsol generasi seterusnya hujung tahun ini, semestinya lebih banyak pembangun yang sudah pun beralih ke pembangunan permainan buat konsol-konsol tersebut.

Buat masa ini, EA dan DICE tidak ebrkongsi sebarang informasi lanjut buat permainan Battlefield seterusnya itu. Namun kami percaya ianya pasti akan mengekalkan elemen peperangan yang lebih meluas di mana dengan tibanya konsol yang lebih berkuasa, kami juga berharap DICE akan menyertakan lokasi peperangan yang lebih besar.

Sohor Kini