Skip to main content

Microsoft hari ini mengumumkan yang mana pada minggu hadapan, mereka akan megnadakan satu acara penstriman khas melalui acara Inside Xbox yang akan memperlihatkan bentuk permainan di konsol Xbox Series X.

Buat masa ini, senarai permainan dan penerbit lain tidak diumumkan, namun Ubisoft sendiri menyatakan mereka akan memperlihatkan bentuk permainan Assassin’s Creed Valhalla yang baru sahaja diumumkan semalam.

Acara tersebut akan berlangsung pada hari Khamis, 7 Mei 2020 pada jam 11 malam. Kami pasti akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diperlihatkan kelak. Teruskan bersama Aksiz untuk segala laporan berkenaannya.

Leave a Reply