Sebelum ini kami berkongsi permainan seterusnya oleh studio pembangun The Outsiders iaitu Darkborn, iaitu satu permainan di bawah nama Project Wight di mana ianya memfokuskan pemain untuk bermain sebagai raksasa dan diburu oleh manusia.
Terkini, The Outsiders mengumumkan yang mana pembangunan permainan tersebut terpaksa dihentikan. Menurut mereka, pembangunan permainan tersebut mungkin akan disambung kemudian. The Outsiders tidak berkongsi sebab kenapa pembangunan tersebut dihentikan namun, mereka juga menyatakan mereka kini sedang membangunkan projek lain dan ianya akan diumumkan kemudian.
Semestinya ini merupakan satu berita yang agak mengecewakan memandangkan kali terakhir kita menonton video acah Darkborn yang diperlihatkan April tahun lepas semestinya mempunyai penceritaan yang sangat unik.
Walau bagaimana pun, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya buat The Outsiders dan kami pasti akan mengemaskini sebarang informasi lanjut kelak oleh mereka setelah ia diumumkan.