XSEED Games hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa permainan Ys: Memories Of Celceta ke konsol PlayStation 4 khas sebagai permainan pernambah-baikkan menjelang 9 Jun 2020 ini.

Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation Vita dan melalui versi ini, ianya akan menyertakan sokongan kadar bingkai sesaat sebanyak 60FPS dan kandungan suara latar bahasa Jepun seperti versi PC yang dilancarkan sebelum ini.

Ys: Memories Of Celceta meletakkan pemain untuk bermain sebagai Adol Christin di mana beliau terjaga di perkampungan Casnan. Melalinya, pemain perlu menyelesaikan misteri memorinya yang hilang dan pada masa yang sama mengembara di rantau Celceta.

Bagi anda yang berminat dengan siri Ys, pastikan anda dapatkan permainan ini menjelang Jun ini.

Sohor Kini