Melalui penyenaraian di Amazon UK, Assassin’s Creed Valhalla disahkan akan menyokong sistem Smart Delivery untuk konsol Xbox, di mana dengan satu pembelian, permainan tersebut boleh dimainkan di kedua-dua Xbox One dan juga Xbox Series X.

Teknologi Smart Delivery diperkenalkan oleh Microsoft semasa mengumumkan spesifikasi untuk Xbox Series X, mereka mengatakan kesemua permainan oleh pihak mereka akan menyokong fungsi ini. Manakala pembangun dan penerbit pihak ketiga, boleh memilih untuk menyertakannya.
Melainkan penyenaraian di Amazon ini adalah salah, tampaknya Ubisoft memilih untuk menyokong Smart Delivery ini, sesuatu yang sangat baik untuk pembeli.