The Boys adalah siri TV adiwira khusus siaran di Amazon Prime Video. Musim pertama ini sudah pun tamat dan ia meraih populariti yang agak hebat. Musim kedua sudah pun disahkan, tetapi tarikh siaran masih belum diumumkan. Bagi yang tidak tahu, The Boys adalah siri TV adiwira yang ganas dan dahsyat. Setiap aksinya adalah menggerunkan dan penuh dengan darah di mana-mana. Penggunaan bahasan juga adalah kasar.

Terkini, terdapat laporan yang mengatakan siri TV ini akan diteruskan untuk musim ketiga. Walau bagaimanapun, tiada sebarang informasi diberikan mengenai musim ketiga ini.

Sementara itu, sumber turut menyenaraikan judul-judul bagi setiap episod untuk musim kedua. “The Big Ride”, “Proper Preparation and Planning”, “Nothing Like It In The World”, “Over The Hill With The Swords of A Thousand Men”, “We Gotta Go Now”, “The Bloody Doors Off”, “Butcher, Baker, Candlestick Maker” dan “What I Know”. Musim kedua ini akan terus sambung dari pengakhiran musim pertama yang tergantung. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan berita mengenai The Boys.

Sohor Kini