Seperti yang diumumkan oleh Ubisoft sebelum ini, maklumat lanjut serta video acah pertama untuk permainan seterusnya buat siri Assassin’s Creed iaitu Assassin’s Creed Valhalla akhirnya dikongsi oleh mereka.

Jika anda ingin melihat terlebih dahulu video acah tersebut, kami sertakannya di bawah.

Sesuatu yang kita sudah biasa dengan permainan Assassin’s Creed, video acah cinematic mereka adalah antara yang terbaik di dalam industri permainan video, dan kali ini ia meneruskan perkara tersebut.

Ia memperlihatkan seorang watak yang mungkin akan dikawal oleh pemain, daripada puak Viking. Berperang dengan “Raja England” yang menganggap mereka sebagai “barbarian” satu gelaran yang diberikan untuk menyatakan mereka tidak bertamadun.

Ia juga akan membawa ketuhanan norse seperti yang dijeritkan oleh watak utama tersebut mengenai Odin bersama dengan mereka. Menariknya, pada pengakhiran, ia memperlihatkan watak tersebut menggunakan pisau tersembunyi, sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan untuk puak “Assassin”.

Bagi bentuk permainan pula, tampaknya, pemain akan diberikan puak Viking sendiri di mana pemain akan mengurus perkampungan tersebut dan mungkin akan mendapat pelbagai sumber untuk digunakan di dalam permainan ini. Ia bukanlah sesuatu yang baharu di dalam siri ini. Maklumat lanjut mengenainya kami akan kongsi di penulisan yang lain.

Assassin’s Creed Valhalla akan dikeluarkan pada hujung tahun ini untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X, PC dan Stadia.

Sohor Kini