Skip to main content

Filem DCEU seterusnya adalah Wonder Woman 1984. Filem ini sepatutnya ditayangkan pada bulan Jun, namun akibat penularan Covid-19 ia ditangguhkan ke bulan Ogos. Filem ini akan berlaku pada tahun 1980-an dan kita akan lihat kembalinya watak Steve Trevor yang mati dalam filem pertama.

Pengarah filem ini, Patty Jenkins menyatakan yang beliau ada perancangan untuk filem ketiga. Bukan itu sahaja, beliau turut mempunyai idea untuk filem sampingan memfokuskan puak-puak Amazonians yang disasarkan untuk siaran di Amazon. Patty kemudian menyatakan beliau berkemungkinan besar tidak akan mengarah filem sampingan ini, sebaliknya hanya akan menjadi penerbit sahaja. Manakala bagi filem Wonder Woman yang ketiga, butiran hanya akan diketahui selepas filem Wonder Woman 1984 ditayangkan. Ini kerana beliau inginkan idea yang lebih segar.

Wonder Woman, nampaknya adalah filem DCEU yang diambil serius dalam dunia DCEU berbanding dengan filem-filem DCEU yang lain. Walau bagaimanapun, dunia DCEU ini dilihat masih tidak dapat menandingi dunia MCU.

Leave a Reply