Skip to main content

Hari ini, Team SMG dan Nescafe mengumumkan satu kolaborasi khas di mana Nescafe akan menjadi penaja rasmi minuman buat pasukan esukan Mobile Legend tersebut.

Team SMG sebelum ini adalah di bawah pasukan Makan Cendol dan mereka juga merupakan salah satu pasukan yang akan ke pusingan playoffs seperti yang kami laporkan di artikel ini, di mana mereka akan bertembung pasukan Todak pada jam 4 petang esok.

Menurut kenyataan rasmi Nescafe, ini merupakan pertama kali jenama tersebut terlibat dengan industri esukan dan menurut Kenchi Yap, iaitu ketua pegawai eksekutif Team SMG, mereka sangat berbesar hati untuk dapat bekerjasama bersama Nescafe dan mereka pasti akan menyertakan lebih banyak kandungan berkenaannya pada masa akan datang.

Mobile Legends Bang Bang Liga Profesional buat negara Singapura dan Malaysia akan berlangsung secara rasmi esok di mana anda boleh membaca artikel di bawah untuk sebarang informasi lanjut, termasuklah jadual untuk perlawanan esok.

Leave a Reply