Setelah berlangsungnya kejohanan Mobile Legends Liga Profesional MY/SG musim ke-5 sepanjang bulan April ini, Moonton kini akhirnya mengumumkan pusingan Playoffs akan berlangsung bermula esok sepenuhnya secara atas-talian bermula 1 hingga 3 Mei ini.

Atas sebab arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) keseluruhan kejohanan tersebut akan diadakan secara atas-talian pada jam 2 petang pada setiap hari kejohanan tersebut di jalankan.

Menurut Lucas Mao, iaitu pengarah esukan dari Moonton, beliau menyatakan yang mana ketika PKP adalah satu masa yang bagus buat peminat esukan untuk menonton acara kejohanan ini yang mana ianya pasti akan mempamerkan kejohanan aksi esukan yang sangat mengujakan dan pada masa yang sama, beliau berharap agar peminat untuk terus kekal duduk di rumah dan mengikut segala perintah pihak berkuasa.

Bagi anda yang ingin menyaksi kejohanan tersebut, ianya juga boleh ditonton melalui Facebook rasmi Mobile Legend Bang Bang ataupun di saluran Astro Arena (CH801/802 HD) dalam bahasa Malaysia. Menariknya bagi anda yang ingin menonton dengan bahasa Inggeris, ianya juga akan disiarkan di saluran Youtube rasmi Mobile Legend Bang Bang.

Keseluruhan kejohanan Mobile Legends Bang Bang Liga Profesional buat Malaysia dan Singapura musim kelima ini meletakkan wang hadiah sebanyak RM438,000 di mana RM109,700 merupakan hadiah utama untuk pusingan Playoffs di mana lapan pasukan akan merebut wang hadiah tersebut, terdiri daripada pasukan:

  • Geek Fam dari Malaysia
  • Team Bosskurr dari Malaysia
  • Orange Esports Reborndari Malaysia
  • Todakdari Malaysia
  • Team SMG dari Malaysia
  • Axis Esports dari Malaysia
  • EVOS SG dari Singapura
  • Resurgence dari Singapura

Untuk informasi lanjut, anda boleh melayari laman Facebook rasmi Mobile Legend Bang Bang dan pastikan anda memberi sokongan buat pasukan pilihan anda, bermula esok petang.

Sohor Kini