Jay Won ataupun nama di dalam permainan beliau Sinatraa mengumumkan persaraan beliau daripada kejohanan Overwatch termasuk juga Overwatch League.
Beliau sebelum ini merupakan pemain untuk pasukan SF Shock di dalam Overwatch League. Beliau juga merupakan pemain terbaik Overwatch League bagi tahun 2019.
Melalui pengumuman yang dilakukan di Twitter, sebab utama beliau mengambil keputusan untuk bersara dari Overwatch adalah kerana beliau tidak lagi mempunyai minat untuk terus bermain. Tambah beliau, ia mungkin kerana sistem 2-2-2 atau juga sistem pengharaman hero, tetapi yang pasti beliau kini sukar untuk membuka Overwatch dan bermain.
Sambungan pada pengumuman tersebut, beliau juga mengatakan akan beralih kepada Valorant iaitu permainan menembak terbaru yang diterbitkan oleh Riot Games. Berdasarkan ura-ura, beliau mungkin akan menyertai pasukan Valoran Sentinels.