Informasi Permainan Video Terkini
Pra-Tempah The Last Of Us Part II Kini Dibuka Semula – Edisi Ellie Berharga RM1,099

Pra-Tempah The Last Of Us Part II Kini Dibuka Semula – Edisi Ellie Berharga RM1,099

Diterbitkan pada Apr 30, 2020 oleh .

Setelah mengumumkan tarikh pelancaran baharu buat permainan The Last Of Us Part II, hari ini Sony Interactive Entertainment (SIE) akhirnya membuka semula pra-tempahan buat permainan tersebut disamping mengumumkan harga jualan untuk edisi-edisi terhad.

Seperti sebelum ini, pra-tempahan tersebut boleh dilakukan di mana-mana pengedar rasmi PlayStation untuk edisi fizikal manakala edisi digital boleh dipra-tempah di PSN Store. Menariknya, buat mereka yang membuat pra-tempahan buat mana-mana edisi permainan ini, SIE akan sertakan kandungan bonus khas pernaik-tarafan untuk simpanan peluru dan juga manual untuk penghasilan barangan.

SIE juga umum pra-tempahan edisi fizikal buat permainan ini akan menyertakan Tshirt khas The Last Of Us Part II yang mempunyai rekaan tatu Ellie di belakang.

Berikut adalah senarai edisi permainan dan kandungan bersama harga.

Edisi pertama yang diumumkan adalah edisi biasa yang mana ianya akan dijual dengan harga RM239 buat kedua-dua versi fizikal dan digital. Semestinya kedua-dua versi ini akan menerima kandungan bonus khas buat mereka yang membuat pra-tempahan, seperti yang kami nyatakan di atas.

Menariknya, bagi versi Digital, SIE juga akan sertakan avatar khas tatu Ellie dan bagi anda yang berminat dengan edisi digital, anda boleh pra-tempahnya melalui PSN Store.

Manakala edisi Digital Deluxe pula, ianya akan dijual di PSN Store dengan harga RM299 dan ianya akan menyertakan beberapa kandungan tambahan seperti:

  • Kandungan Digital – Tema dinamik untuk PS4
  • Kandungan Digital – 6 Avatar PSN
  • Kandungan Digital – Muzik latar
  • Kandungan Digital – Buku karya seni

Selain itu edisi Digital Deluxe ini juga akan sertakan kandungan bonus buat yang membuat pra-tempahan bersama avatar tatu Ellie.

Selain itu, SIE juga umum edisi khas The Last Of Us Part II Special Edition yang mana ianya akan dijual dengan harga RM349 dan ianya menyertakan:

  • Permainan penuh The Last Of Us Part II
  • Bekas besi khas
  • Buku karya seni khas dengan 48 muka surat
  • Kandungan Digital – Tema dinamik untuk PS4
  • Kandungan Digital – 6 Avatar PSN
  • Kandungan Digital – Muzik latar
  • Kandungan Digital – Buku karya seni

Manakala Edisi Pengumpul ataupun The Last Of Us Part II Collector’s Edition pula akan dijual dengan harga RM839 di mana ianya menyertakan pelbagai kandungan seperti:

  • Permainan penuh The Last Of Us Part II
  • Bekas besi khas
  • Figura Ellie bersaizkan 12 inci
  • Buku karya seni khas dengan 48 muka surat
  • Gelang tangan Ellie
  • Karya cetakan litografi khas
  • Surat penghargaan oleh Naughty Dog
  • 5 set pelekat
  • 6 set pin enamel
  • Kandungan Digital – Tema dinamik untuk PS4
  • Kandungan Digital – 6 Avatar PSN
  • Kandungan Digital – Muzik latar
  • Kandungan Digital – Buku karya seni

Edisi terakhir merupakan edisi fizikal buat The Last Of Us Part II Ellie Edition dan ianya adalah edisi terlengkap buat permainan ini dengan harga RM1,099 di mana ia akan menyertakan:

  • Permainan penuh The Last Of Us Part II
  • Bekas besi khas
  • Figura Ellie bersaizkan 12 inci
  • Buku karya seni khas dengan 48 muka surat
  • Beg galas Ellie
  • Gelang tangan Ellie
  • Logo tampal berjahit
  • Karya cetakan litografi khas
  • Surat penghargaan oleh Naughty Dog
  • Rekod vinil muzik latar permainan
  • 5 set pelekat
  • 6 set pin enamel
  • Kandungan Digital – Tema dinamik untuk PS4
  • Kandungan Digital – 6 Avatar PSN
  • Kandungan Digital – Muzik latar
  • Kandungan Digital – Buku karya seni

Bagi anda yang berminat, seperti kami nyatakan di atas, anda boleh mula membuat pra-tempahan permainan ini di mana-mana pengedar rasmi PlayStation dan bagi versi Digital ianya boleh dipra-tempah melalui PSN Store.

The Last Of Us Part II akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Jun 2020 ini khas di konsol PlayStation 4.


TIPS & ULASAN