Skip to main content

Buku panduan untuk Final Fantasy VII Remake iaitu Final Fantasy VII Remake Ultimania telah dipasarkan di Jepun dan di dalamnya disertakan temubual bersama dengan pembangun.

Antara perkara yang dikongsi adalah;

  • Menurut Yoshinori Kitase iaitu penerbit, buat masa ini mereka ada idea secara kasar mengenai jumlah bahagian untuk Final Fantasy VII Remake, tetapi ia masih belum dipastikan.
  • Manakala Tetsuya Nomura pula mengatakan yang jika mereka mempunyai bahagian yang sikit, setiap bahagian akan menjadi besar dan ia mengambil masa yang lama. Jika mempunyai lebih banyak bahagian, setiap bahagian lebih kecil dan akan mengambil masa yang lebih cepat untuk dikeluarkan. Berdasarkan pendapat peribadi, beliau ingin mengeluarkan secepat mungkin.

Sebagai seorang pemain, kami boleh katakan yang mereka tidak mengetahui berapa jumlah yang akan dikeluarkan agak merisaukan. Namun, berdasarkan kenyataan oleh Nomura, mereka mungkin akan menetapkan jumlah bahagian sebelum bahagian kedua dikeluarkan.

Bagi pendapat anda, berapa bahagian yang terbaik untuk Final Fantasy VII Remake? Terutama selepas mencuba bahagian pertama.

Final Fantasy VII Remake sudah dikeluarkan secara eksklusif buat masa terhad untuk PlayStation 4.

Leave a Reply