Garena dan EA minggu ini mengumumkan pelayan FIFA Online 3 untuk benua Asia Tenggara akan ditutup pada 30 Jun 2020. Menurut Garena, ia adalah keputusan yang sukar untuk dibuat akan tetapi mereka tidak lagi dapat meneruskan pembangunan untuk permainan tersebut.
FIFA Online 3 adalah permainan simulasi bola sepak secara dalam talian yang boleh dimainkan secara percuma. Ia telah tiba di Asia Tenggara sejak tahun 2013 lagi dan mempunyai pelbagai acara termasuk juga kejohanan e-sukan.
Bagi anda yang bermain permainan ini, sebelum ia ditutup, Garena menawarkan pelbagai diskaun untuk anda membelanjakan FC anda yang terkumpul.