Tahun lepas, Kalypso Media mengumumkan permainan Port Royale 4 akan dilancarkan di konsol dan PC di mana kini, tarikh pelancaran permainan tersebut akhirnya diumumkan secara rasmi iaitu ia bakal tiba 28 September 2020 ini di PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga di PC.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Port Royale 4 merupakan permainan strategi dan taktikal yang memfokuskan pembinaan tamadun di mana pemain akan mengawal beberapa negara dari abad ke-17, dengan menghubung hubungan perdagangan dan diplomatik antara bandar dan pulau.

Menariknya, buat pertama sekali untuk siri ini, bentuk pertempuran kapal permainan ini akan berdasarkan bentuk secara turutan di mana ia akan menyokong sehingga 8 kapal untuk bertembung sesama sendiri.

Selain itu, Kalypso Media juga mengumumkan yang mana pemain yang membuat pra-tempahan melalui kedai atas-talian Kalypso Store, mereka akan menerima akses beta tertutup bermula hari ini.

Sohor Kini