Skip to main content

Crytivo dan Soda Den minggu ini mengumumkan satu lagi permainan simulasi kebun baharu iaitu Roots Of Pacha, di mana ianya akan dilancarkan sekitar awal tahun hadapan di konsol PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X, Switch dan juga PC melalui Steam.

Seperti kebanyakan permainan simulasi berkebun lain, permainan ini kelihatan memfokuskan bentuk penanaman pokok, berinteraksi dengan jiran dan penduduk masyarakat dan mengembara di dalam dunia permainan tersebut.

Menariknya, apa yang membuatkan permainan ini kelihatan lain dari permainan lain adalah ianya memfokuskan era zaman batu, yang mana pasti menjadi satu kelainan buat genre permainan ini.

Menurut pembangun, permainan ini juga akan menyertakan bentuk multi-pemain koperasi yang mana pemain boleh menjemput 3 lagi pemain lain untuk tinggal di perkampungan pemain di samping bersama-sama meningkatkan kualiti kampun tersebut.

Buat masa ini, informasi lain masih belum diumumkan, namun bagi anda yang bermiant untuk mencuba sesi alfa permainan ini, Crytivo menyatakan bahawa mereka akan mengadakan sesi alfa tertutup melalui saluran Discord mereka.

Leave a Reply