Skip to main content

EA dan DICE hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan kemaskini kandungan terakhir buat permainan Star Wars Battlefront 2, setelah hampir 3 tahun permainan tersebut dilancarkan.

Melalui kemaskini baharu ini, lokasi Scarif iaitu lokasi peperangan dari filem Rogue One: A Star Wars Story akhirnya akan tiba secara rasmi buat permainan tersebut di mana sebelum ini ianya hanya tiba di permainan Star Wars Battlefront yang pertama.

Melalui kemaskini baharu ini, EA bukan sahaja menyertakan peta lokasi Scarif tersebut, malah mereka juga menyertakan beberapa lokasi baharu buat mod permainan Supremacy dan INstan Action buat lokasi Hoth, Tattoine, Yavin 4 dan Death Star 2. Selain itu, kostum-kostum berdasarkan filem Star Wars The Rise Of Skywalker juga disertakan buat watak Kylo Ren, Rey dan sebagainya.

Menurut EA, walaupun kandungan buat permainan ini telah pun tamat, mereka masih lagi akan menyertakan kemaskini lain seperti acara-acara permainan dan cabaran yang akan terus disokong pada masa akan datang.

Star Wars Battlefront 2 telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply