Skip to main content

Hujung minggu lepas, Square-Enix melancarkan permainan Trials Of Mana iaitu olahan semula untuk Seiken Densetsu 3 yang mana asalnya permainan tersebut hanya dilancarkan di pasaran Jepun sahaja. Bulan lepas, mereka juga melancarkan demo khas buat permainan tersebut di konsol dan juga PC, yang mana ianya membenarkan pemain untuk mencuba bahagian awal permainan tersebut.

Terkini, melalui laporan VG24/7, melalui versi PC di Steam, tampaknya demo tersebut mempunyai masalah di mana terdapat beberapa pemain berupaya untuk mengakses permainan penuh. Atas sebab ini, Square-Enix mengambil keputusan untuk membuang akses demo permainan tersebut di Steam buat sementara waktu.

Menurut kenyataan rasmi di Steam, demo tersebut dibuang buat sementara waktu atas sebab yang tidak diingini. Mereka juga mengesahkan yang mana demo tersebut akan kembali kelak dan menyatakan segala kemajuan pemain melalui demo tersebut tidak akan terjejas di mana pemain masih lagi berupaya untuk membawa keseluruhan kemajuan permainan ke permainan penuh jika pemain membeli permainan tersebut.

Menariknya, laporan tersebut menyatakan yang mana masalah tersebut adalah disebabkan sistem DRM Denuvo yang boleh dieksploitasikan. Namun Square-Enix tidak berkongsi sebarang kenyataan rasmi berkenaannya.

Trials Of Mana telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Switch dan juga PC.

Leave a Reply