Tampaknya ura-ura berkenaan permainan Assasssin’s Creed seterusnya sedikit benar yang mana ianya akan bertemakan era Viking di mana hari ini, Ubisoft akhirnya mengumumkan secara rasmi tajuk penuh permainan tersebut iaitu Assassin’s Creed Valhalla.

Pengumuman tersebut dilakukan melalui satu video penstriman khas yang mana Bosslogic, iaitu pelukis dan pengkarya terkenal manipulasi foto menghasilkan imej acah berdasarkan permainan tersebut. Penstriman tersebut berlangsung lebih dari 7 jam namun bagi anda yang ingin melihat secara selang masa, anda boleh tontonnya di bawah.

Bersempena dengan itu, Ubisoft juga menyatakan yang mana mereka akan melancarkan video acah pertama secara rasmi lewat hari ini iaitu sekitar jam 10:45 malam ini di saluran rasmi Youtube Ubisoft.

Akan tetapi, buat masa ini tiada sebarang tarikh pelancaran mahupun platform permainan yang diumumkan. Berdasarkan imej yang diperlihatkan, apa yang kami rasakan ianya akan memfokuskan era Viking dan mungkin akan menyertakan bentuk permainan kapal seperti siri-siri Assasssin’s Creed sebelum ini.

Kami di Aksiz pasti akan mengemaskini informasi lanjut berkenaannya setelah ia dipertontonkan secara rasmi.

Sohor Kini