Streets Of Rage 4 akan dilancarkan secara rasmi esok yang mana ianya adalah sekuel kepada siri Streets Of Rage yang dinantikan oleh peminat lebih dari 20 tahun.
Bersempena dengan pelancarannya minggu ini, DotEmu mengumumkan yang mana mereka turut akan melancarkan permainan tersebut bersama edisi terhad khas melalui Limited Run Games.
Melalui edisi terhad tersebut, Limited Run Games mengesahkan yang mana ianya hanya akan tiba buat versi PlayStation 4 dan Switch sahaja yang mana ianya menyertakan pelbagai kandungan dan barangan seperti:
- Permainan penuh Streets Of Rage 4 secara fizikal
- Kotak premium khas
- Kotak konsol SEGA Genesis khas bersama edisi klasik
- Poster bersaiz 18×24 inci
- Katrij SEGA Genesis Besi khas
- Buku karya seni
- Cakera Muzik latar
- Bekas besi
- Bebola stres berbentuk ayam panggang
- Figura khas Axel dan Blaze bersaiz 7 inci
Menurut Limited Run Games, edisi terhad tersebut boleh dipra-tempah melalui laman rasmi Limited Run Games pada 1 Mei jam 10 malam dan 2 Mei jam 6 pagi sahaja.
Edisi terhad ini akan dijual dengan harga $149.99(~RM652) dan ianya dijual dengan jumlah yang sangat terhad. Jadi bagi anda yang berminat untuk dapatkannya, pastikan anda menandanya di kalendar anda untuk membuat pra-tempahan sebelum ia kehabisan stok.
Streets Of Rage 4 akan dilancarkan di konsol PlayStation 4, Switch dan juga PC esok. Bagi edisi terhad ini, tarikh pelancarannya belum diumumkan, namun kami percaya ianya akan dilancarkan sedikit lewat berbanding pelancaran digital permainan ini.