Skip to main content

Bake ‘n Switch merupakan permainan parti yang dibangunkan oleh studio pembangun di Malaysia iaitu Streamline Games. Ia sebelum ini diumumkan akan tiba untuk PC dan juga Nintendo Switch pada suku ketiga tahun ini.

Hari ini, Streamline Games mengumumkan kempen biayasama melalui Kickstarter yang khusus untuk menyertakan mod multi-pemain secara dalam talian buat permainan tersebut.

Buat masa ini, permainan tersebut akan menyokong sesi permainan secara koperasi, pemain lawan pemain ataupun pasukan lawan pasukan tetapi kesemuanya secara setempat.

Namun, dengan keadaan sekarang Streamline Games merasakan multi-pemain secara dalam talian adalah lebih penting berbanding sebelum ini. Oleh itu, kempen ini berharap dapat membantu mereka untuk membawa mod tersebut semasa ia dilancarkan.

Kempen tersebut akan bermula secara rasmi pada 5 Mei ini, tetapi anda boleh layari laman Kickstarter jika ingin mendapat peringatan apabila ia dilancarkan kelak.

Leave a Reply