Beberapa hari lalu, kami ada melaporkan tentang video acah pendek mengenai musim ketujuh siri televisyen Marvel’s Agents of SHIELD yang bersangkut paut dengan siri filem Marvel Cinematic Universe.
Musim ketujuh siri ini merupakan musim terakhir siri televisyen ini, dan hari ini sebuah video acah yang lebih panjang diperlihatkan, dimana ejen-ejen SHIELD sekali lagi perlu merentas masa untuk menyelamatkan planet Bumi.
Akan tetapi, kali ini mereka akan perlu menyelamatkan HYDRA daripada dimusnahkan oleh robot merentas masa pada zaman 1930an untuk memastikan ianya tidak berlaku. Lebih menarik lagi ialah watak utama siri ini, Phil Coulson yang sejak musim keenam telah mati dan hidup kembali sebagai sebuah robot.
Sayangnya, oleh kerana cara penceritaan ini ditulis, kita nampaknya tidak akan dapat melihat kesan sampingan daripada adegan yang berlaku di penghujung filem Avengers: Infinity War ataupun Endgame. Akan tetapi. seperti musim-musim sebelum ini, kita mungkin akan dapat melihat easter egg daripada filem-filem MCU. Sama-sama kita tunggu apabila siri ini bermula kembali untuk kali terakhir pada 27 Mei kelak.