PlayStation Store pada minggu ini telah menganjurkan jualan promosi “Game Week Sale 2020” di mana mereka menawarkan ratusan permainan menarik dengan harga diskaun.
Terdapat banyak tawaran yang disertakan akan tetapi berikut adalah 10 permainan dengan tawaran terbaik, termasuk juga permainan terbaik pada tahun 2018 iaitu God of War yang ditawarkan dengan harga sangat murah iaitu RM39.50 sahaja. Anda boleh baca mengapa ia adalah permainan terbaik – Ulasan God Of War – Permainan Terbaik Dan Epik Buat Siri Tersebut.
Manakala JRPG terbaik di PS4 iaitu Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age yang ditawarkan dengan potongan harga 50% iaitu RM105.50 sahaja. Berikut adalah ulasan kami untuknya – Ulasan Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age – JRPG Terbaik Di Playstation 4
Selain itu permainan terbaru oleh Hideo Kojima iaitu Death Stranding juga ditawarkan dengan harga RM119.50, anda juga boleh dapatkan 5% penambahan diskaun jika merupakan pelanggan PS Plus. Ulasan kami untuk Death Stranding – Ulasan Death Stranding – Karya Agung Hideo Kojima Yang Terlalu Bercita-Cita Tinggi.
Jika anda menggemari permainan sukar, anda juga boleh dapatkan Sekiro: Shadows Die Twice yang ditawarkan dengan harga RM137.15. Anda juga boleh baca ulasan kami terlebih dahulu – Ulasan Sekiro: Shadows Die Twice – Permainan Aksi Yang Menguji Kesabaran.
Berikut adalah permainan-permainan lain yang ditawarkan dengan lebih murah, anda boleh tekan pautan di judul permainan untuk membaca ulasan kami;
- Marvel’s Spider-Man – RM84.50
- Red Dead Redemption 2 – RM126.50
- Detroit: Become Human – RM39.50
- Uncharted: The Lost Legacy – RM39.50
- Control – RM145.80
- Ace Combat 7: Skies Unknown – RM119.50
Tawaran ini adalah sehingga 7 Mei sahaja, jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai permainan dengan harga yang lebih murah. Anda boleh menggunakan pautan kami sertakan untuk ke jualan promosi melalui pelayan, ataupun anda juga boleh mengakses terus melalui PS4 anda.
[info]PS Store: Game Week Sale 2020[/info]