Seperti yang diumumkan sebelum ini, Google akhirnya berkongsi Stadia Connect baharu di mana mereka berkongsi beberapa permainan yang akan tiba ke perkhidmatan penstriman permainan video tersebut.

Berikut adalah antara permainan bersama dengan tarikh ia akan tiba di Stadia;

  • PUBG – 29 April 2020
  • Doom Eternal – 29 April 2020
  • Octopath Traveler – 29 April 2020
  • Rock of Ages 3: Make & Break – Sekitar Jun 2020
  • Blood Count (DLC untuk Zombie Army Dead War 4) – Akan Datang
  • Star Wars Jedi: Fallen Order – Suku Keempat 2020

Selain Star Wars Jedi: Fallen Order, EA juga akan membawa 5 permainan lain ke Stadia seperti Madden NFL dan FIFA, namun buat masa ini tidak disahkan lagi jika ia adalah permainan yang dikeluarkan pada tahun lepas, ataupun permainan baharu akan datang.

Berikut adalah permainan yang akan dikeluarkan terlebih dahulu di Stadia, ia juga mungkin akan dikeluarkan untuk platform lain di masa hadapan;

  • Crayta – Suku Ketiga 2020
  • Wave Break – Suku Ketiga 2020
  • Embyr – 21 Mei 2020 (akses awal)
  • Get Packed – 29 April 2020
  • Orcs Must Die 3 – Suku Ketiga 2020

Selain itu mereka juga mengumumkan tiga permainan baharu yang disertakn percuma bagi Stadia Pro iaitu Steamworld Heist, The Turing Test dan Zombie Army Dead War 4 yang boleh ditebus bermula bulan Mei ini.

Google juga mengumumkan bagi kesemua pemain yang mendaftar di Stadia, akan mendapat akses kepada Stadia Pro secara percuma untuk 2 bulan. Stadia buat masa ini hanya dilancarkan di 14 negara terpilih seperti Amerika Syarikat, Kanada, Jerman dan UK.

Jika anda ingin menonton video penuh untuk Stadia Connect, kami sertakan video terbut di bawah.

Sohor Kini