Cloudhead Games hari ini mengumumkan yang mana mereka akhirnya akan melancarkan permainan penembak aksi rentak muzik, Pistol Whip di konsol PlayStation 4 melalui PlayStation VR.

Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di PC pada tahun lepas, di mana ianya mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan pemain dengan bentuk permainannya yang pantas dan tegang.

Pistol Whip meletakkan pemain untuk bertembung dengan musuh melalui bentuk penembak pandang pertama di mana pemain bukan sahaja perlu melalui peringkat permainan yang pantas, malah permainan ini akan menemani pemain dengan rentak muzik yang sangat menarik disamping memberi kebebasan untuk pemain melakukan sebarang aksi.

Menurut Shuhei Yoshida dari Sony Interactive Entertainment, beliau sendiri menyatakan yang mana permainan ini adalah seakan permainan SuperHot bertemu Beat Saber, yang mana kedua-dua permainan tersebut sememangnya mempunyai elemen yang sama dengan bentuk permainan realiti-maya.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan dan kami pasti akan mengemaskininya setelah ia diumumkan kelak.

Sohor Kini