Permainan olahan semula Destroy All Humans! akhirnya mendapat tarikh pelancaran rasmi oleh THQ Nordic di mana hari ini mereka mengumumkan permainan tersebut akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam pada 28 Julai 2020 ini.

Seperti yang kami laporkan, pelancaran permainan tersebut turut akan tiba bersama edisi terhad khas yang anda boleh lihat lebih lanjut melalui artikel ini.

Seperti yang kami sering laporkan, Destroy All Humans! asalnya adalah permainan yang dilancarkan pada 2005 lepas di mana kini ianya di beri satu bentuk olahan semula yang menyertakan pelbagai pernaik-tarafan visual dan bentuk permainan.

Melalui permainan ini, pemain akan bermain sebagai seorang makhluk asing yang bernama Crypto dan pemain akan memburu dan menakluk bumi dengan membuat kacau di dalam permainan ini.

Semestinya buat anda yang meminati permainan klasik ini dan ingin bermain semula buat permainan konsol generasi kini, anda boleh lakukannya menjelang Julai ini.

Sohor Kini