Riot Games bakal melancarkan permainan kad mereka iaitu Legends of Runeterra secara rasmi pada 1 Mei ini. Sebelum pelancaran tersebut, mereka telah mengumumkan set kad baharu akan tiba esok untuk pemain yang sudah dapat akses beta iaitu set Rising Tides.

Ia menyertakan lebih 120 kad baharu, 6 keywords, dan 1 region baharu. Anda boleh melihat maklumat lanjut mengenainya melalui infografik di bawah.

Pada 1 Mei ini, permainan tersebut akan dilancarkan untuk PC terlebih dahulu, dan untuk peranti iOS dan juga Android ia akan tiba secara berperingkat. Menurut Riot Games, sesetengah negara mungkin terpaksa menunggu sehingga 48 jam daripada tarikh pelancaran sebelum ia tiba ke dalam App Store ataupun Play Store.

Legends of Runeterra akan dikeluarkan pada 1 Mei 2020 untuk PC dan peranti iOS serta Android.

Sohor Kini