The Hollywood Reporter hari ini melaporkan yang Gearbox Software dan Scott Rosenbaum akan bekerjasama untuk menerbitkan siri TV berdasarkan permainan strategi oleh mereka iaitu Brother in Arms.

Scott Rosebaun sebelum ini pernah terlibat dengan siri seperti The Shield, Chuck dan Queen of the South. Manakala permainan Brother in Arms merupakan permainan perang berdasarkan Perang Dunia Kedua. Ia mempunyai 3 permainan utama, yang tiba sejak tahun 2005 dan dan pelbagai permainan sampingan termasuk juga permainan mudah alih.

Seperti permainan yang dihasilkan berdasarkan kejadian sebenar, siri TV ini juga akan melakukan perkara yang sama. Bagi musim pertama, ia akan memfokuskan kejadian “Exercise Tiger” iaitu satu raptai yang berubah menjadi sesuatu yang sangat teruk sehinggakan lebih 800 tentera terbunuh.

Buat masa ini produksi masih tidak bermula, di mana mereka masih mencari pengarah dan juga rakan siaran. Pelakon juga masih tidak ditetapkan lagi, tetapi menurut Randy Pitchford ketua Gearbox Software mengatakan mereka berharap untuk memberi peluang kepada pelakon baharu.

Sohor Kini