Koei Tecmo minggu ini mengeluarkan laporan kewangan mereka, dan telah mengumumkan yang Atelier Ryza: Ever Darkness & the Secret Hideout telah diedarkan serta terjual secara digital sebanyak 420 ribu unit sejak dilancarkan pada September tahun lepas.

Jumlah tersebut memperlihatkan peningkatan sebanyak 70 ribu berbanding laporan kami pada bulan lepas. Jumlah ini juga merupakan jumlah tertinggi bagi siri permainan Atelier yang mempunyai lebih 20 permainan.

Atelier Ryza: Ever Darkness & The Secret Hideout telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Switch dan juga PC melalui Steam.

Sohor Kini