Bagi anda yang berminat untuk mengurus pelancaran dan kawalan roket ke angkasa, anda mungkin akan berminat dengan permainan simulasi ini di mana minggu ini, The Irregular Corporation dan Auroch Digital mengumumkan permainan Mars Horizon akan dilancarkan di PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam sekitar tahun ini.
Mars Horizon merupakan permainan simulasi pengurusan pelancaran dan pengembaraan roket ke angkasa, di mana seperti tajuk permainan tersebut, pemain akan mengurus sepasukan angkasawan ke planet Marikh.
Melalui permainan ini, pemain bukan sahaja akan menghasilkan pangkalan misi pelancaran roket tersebut, malah pemain juga perlu mengurus dan mengawal pelbagai aspek pengurusan berkenaan pelancaran roket ke angkasa termasuklah mereka kapal angkasa yang bersesuaian untuk ke planet Marikh tersebut.
Menurut pembangun, permainan ini juga mendapat sokongan dan nasihat khidmat daripada European Space Agency (ESA) dan UK Space Agency, sekaligus membuat permainan ini merupakan satu permainan simulasi yang tepat dan nyata.
Bersempena dengan pengumuman ini, Auroch Digital juga mengumumkan sesi beta khas akan diadakan bermula hari ini sehingga 5 Mei ini yang pemain boleh daftar melalui pautan ini.
Bagi anda yang ingin mengurus angkasawan ke angkasa lepas, semestinya permainan ini adalah satu permainan buat anda dan informasi lanjut berkenaannya boleh di lihat di laman rasmi permainan tersebut.