Skip to main content

Bagi anda yang meminati permainan bergenre misteri pembunuhan seperti siri Phoenix Wright ataupun Danganronpa, anda mungkin berminat dengan permainan terkini yag diumumkan oleh Fellow Traveler iaitu Paradise Killer.

Menurut mereka, permainan ini memfokuskan bentuk permainan dunia terbuka dengan elemen misteri pembunuhan dan ianya dibangunkan oleh Kaizen Game Works.

Paradise Killer meletakan pemain di dalam satu pulau di mana ianya terdapat beberapa kes pembunuhan yang berlaku dan pemain perlu menyelesaikannya. Menariknya, memandangkan permainan ini memfokuskan bentuk dunia terbuka, pemain berupaya untuk meneroka pulau tersebut disamping berjumpa dan menyoal siasat pelbagai watak sama ada tertuduh ataupun pembunuhnya sendiri.

Selain itu, pembangun juga menyatakan bahawa permainan ini akan menyertakan kandungan tekaria yang pemain boleh lakukan untuk terokai bahagian rahsia pulau tersebut disamping mencari bukti dan sebagainya.

Menurut penerbit, permainan ini akan dilancarkan di PC melalui Steam sekitar suku kedua tahun ini. Juga dalam tempoh masa sehingga 4 Mei ini, permainan ini juga boleh dicuba secara percuma melalui demo khas yang tersedia di Steam.

Dari segi pelancaran di platform lain, ianya tidak diumumkan.

Leave a Reply