Bandai Namco sebelum ini telah mengesahkan yang permainan mudah alih berdasarkan siri permainan “Tales of” iaitu Tales of Crestoria akan dikeluarkan pada awal Jun ini. Bersempena dengannya, mereka berkongsi video acah terakhir yang memfokuskan penceritaan permulaan bagi permainan ini.
Anda boleh tonton video tersebut di bawah.
Penceritaan tampaknya memfokuskan kepada watak Kanata Hjunger dan Misella telah melakukan satu “dosa” dan terpaksa melarikan diri, namun mereka kemudiannya menggunakan dosa tersebut sebagai senjata.
Video acah tersebut juga memperlihatkan beberapa watak yang akan hadir di dalam permainan ini, bersama dengan bentuk permainan seperti yang diperlihatkan sebelum ini.
Tales of Crestoria akan dikeluarkan untuk iOS dan Android secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.