Informasi Permainan Video Terkini
Total War: Shogun 2 Ditawarkan Percuma Bermula 28 April Di Steam
PC

Total War: Shogun 2 Ditawarkan Percuma Bermula 28 April Di Steam

Diterbitkan pada Apr 27, 2020 oleh .

Bersempena dengan perintah kawalan pergerakan yang dilakukan di serata dunia, Sega memberikan permainan strategi Total War: Shogun 2 secara percuma melalui Steam bermula 1 pagi, 28 April sehingga 1 pagi, 2 Mei 2020.

Pemain yang mendapatkan permainan tersebut semasa tarikh tersebut akan dapat terus menyimpannya walaupun selepas tawaran berakhir. Total War: Shogun 2 dibangunkan oleh Creative Assembly dan sudah dikeluarkan sejak tahun 2011.

Ia merupakan permainan Total War ke-7 untuk siri utama dan kembali ke zaman feudal Jepun seperti permainan pertama Total War iaitu Shogun. Kami sediakan pautan Steam di bawah, tetapi tawaran ini akan bermula pada awal pagi esok.

Steam: Total War: Shogun 2


TIPS & ULASAN