Stadia Connect Bakal Berlangsung Pada 29 April Ini

Google hari ini mengumumkan yang Stadia Connect bakal berlansung pada 12 pagi, 29 April ini. Menurut mereka lagi, melaluinya, pelbagai permainan baharu yang akan tiba ke perkhidmatan Stadia akan diumumkan.

Stadia secara rasminya dilancarkan pada November tahun lepas, tetapi terhad kepada pelanggan yang membeli Founder Edition sahaja. Mereka kini menawarkan perkhidmatan tersebut secara terbuka tetapi untuk negara-negara tertentu sahaja.

Setakat ini, penerimaan adalah kurang baik terutama ramai yang mengatakan kualiti penstriman permainan adalah tidak sebaik yang dijanjikan walaupun menggunakan internet berkelajuan tinggi.

Sohor Kini