Skip to main content

Pada 26 April, peminat sedunia menyambut Alien Day bersempena francais filem Alien yang dikeluarkan lebih 40 tahun yang lalu. Tarikh 26 April dipilih bersempena nama bagi bulan di dalam filem pertama iaitu LV-426.

Bersempena dengan itu, pelbagai platform telah menganjurkan jualan promosi untuk permainan Alien: Isolation. Berikut adalah antara platform yang menjual dengan harga sangat rendah.

Alien: Isolation adalah permainan seram ketahanan hidup, ia berlaku 15 tahun selepas kejadian filem Alien yang pertama, di mana anda akan mengawal watak anak Ellen Ripley iaitu Amanda Ripley. Ia dibangunkan oleh Creative Assembly dan diterbitkan oleh Sega sejak tahun 2014.

Leave a Reply