The Persistence iaitu permainan realiti-maya sebelum ini dilancarkan secara eksklusif di konsol PlayStation VR melalui PlayStation 4 di mana ianya adalah permainan penembak pandang pertama seram yang memfokuskan penceritaan di angkasa lepas.
Terkini, Firesprite Games mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan versi tanpa realiti-maya di konsol dan PC pada 21 Mei 2020 ini.
The Persistence meletakkan pemain di kapal angkasa terbiar yang mana ianya penuh dengan pelbagai ‘makhluk’ yang ingin membunuh pemain. Dengan konsep permainan seram, pemain perlu tingkat kemahiran dan kelengkapan pemain untuk meneruskan hidup di dalam permainan tersebut.
Menariknya juga, bagi versi PC, permainan ini juga akan menyokong mod realiti-maya seperti versi PlayStation VR sebelum ini dengan sokongan set kepala realiti-maya Oculus Rift, HTC Vive dan Windows Mixed Reality.
Bagi anda yang berminat akan permainan ini, anda boleh dapatkannya menjelang bulan hadapan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.