Square-Enix hari ini akhirnya mengemaskini permainan Final Fantasy XII: The Zodiac Age buat versi PlayStation 4 dan PC dengan beberapa fungsi tambahan yang mana sebelum ini hanya tiba di versi Switch dan Xbox One.
Melalui kemaskini 1.08 buat konsol PlayStation 4 dan 1.0.40 di PC, fungsi “Job Reset” buat permainan tersebut akhirnya tiba bersama fungsi sistem Gambit yang dikembangkan kepada 3 set.
Sekaligus, melalui fungsi ini, pemain diberi kemudahan untuk menukar sistem Job di dalam permainan dengan lebih mudah pada pertengahan permainan ini. Selain itu, bagi versi PC juga, Square-Enix juga membuangkan sistem DRM Denuvo.
Final Fantasy XII: The Zodiac Age merupakan permainan pernambah-baikkan yang dilancarkan dari konsol PlayStation 2 di mana ianya bukan sahaja menerima beberapa perubahan visual seperti perut Vaan yang diperbaiki, malah beberapa kandungan dan bentuk permainan baharu. Permainan ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.