EA dan DICE hari ini mengumumkan yang mana kandungan pasca-pelancaran buat permainan Battlefield V akhirnya akan tamat di mana bahagian enam “Into The Jungle” merupakan kandungan terakhir buat permainan tersebut.
Meskipun beigtu, Ryan McArthuer iaitu penerbit permainan tersebut menyatakan yang mana mereka akan melancarkan satu lagi kandungan tambahan menjelang Jun ini dengan beberapa senjata dan perubahan buat permainan sebelum ianya ditamatkan. Mereka juga menyatakan akan terdapat beberapa ganjaran mingguan dan ancara lain akan diadakan setiap minggu.
Namun, memandangkan pembangun permainan tersebut kini sedang bekerja dari rumah, mereka menyatakan tarikh pelancarannya mungkin akan diubah. Beliau juga menyatakan terima kasih buat pemain yang memberi sokongan buat pelancaran permainan tersebut dan berkongsi sebarang pengumuman lain kelak.
Dengan tamatnya kandungan pasca-pelancaran permainan tersebut, Battlefield V tidak lagi akan menerima sebarangan kandungan tambahan baharu namun bagi anda yang masih lagi bermain permainan tersebut, anda tidak perlu risau kerana EA mengesahkan mereka akan terus menyokong permainan tersebut termasuklah mengemaskini keseimbangan dan anti-penipuan buat fungsi atas-talian permainan tersebut.
Battlefield V telah pun dilancarkan di konsol dan PC yang mana kami telah pun mengulasnya di bawah.