Media Molecule hari ini melancarkan kemaskini baharu buat permainan Dreams Universe melalui kemaskini 2.10 yang mana ianya menyertakan beberapa perubahan melalui fungsi misi Imp.

Melaluinya, Media Molecule menyatakan mereka membuat beberapa perubahan buat misi Imp yang tersedia yang mana kini ianya lebih mudah untuk pemain lengkapkan dengan mengubah beberapa keperluan yang pemain lakukan. Perubahan ini juga akan memberi kesan terhadap trofi yang diterima oleh pemain. Manakala bagi perubahan lain, fungsi teks informasi bagi kesemua bahasa juga dibaiki dengan lebih baik untuk fungsi Sun Shadow Scale vs Detail.

Selain itu, Media Molecule juga mengemaskini pelbagai lagi pembaikan permainan termasuklah keseimbangan permainan dan sebagainya melalui kemaskini 2.10 ini.

Dreams Universe merupakan satu ‘alat’ pembinaan permainan yang dilancarkan secara eksklusif di konsol PlayStation 4. Melalui permainan ini, pemain berupaya untuk menghasilkan pelbagai jenis bentuk permainan, video pendek mahupun pelbagai jenis rekaan dan berkongsinya bersama pemain lain secara atas-talian. Kami sebelum ini juga telah mengulas permainan ini dan anda boleh membacanya di pautan di bawah.

Sohor Kini