Bagi anda yang bermain permainan Call Of Duty: Warzone, bermula hari ini sehingga 28 April 2020 ini pada jam 1 pagi, Activision menawarkan akses 5 peta terpilih dari mod multi-pemain Call Of Duty: Modern Warfare secara percuma.

Menurut Activision, akses untuk 5 peta tersebut boleh dilakukan melalui permainan Call Of Duty: Warzone di bahagian yang disediakan dan menariknya bagi pemain PlayStation 4, anda tidak perlu melanggan PlayStation Plus untuk mengaksesnya.

Melalui peta tersebut, pemain berupaya untuk mencuba mod enam lawan enam atau 10 lawan 10 yang tersedia seperti mana di dalam permainan Call Of Duty: Modern Warfare. Berikut adalah senarai peta yang disediakan:

  • Aniyah Incursion
  • Khandor Hideout
  • Shoot House
  • Talsik Backlot
  • Hovec Sawmill

Call of Duty: Warzone telah dilancarkan secara percuma untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini