Skip to main content

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, semestinya duduk di rumah agak membosankan jika tiada permainan untuk dimainkan. Namun, anda tidak perlu khuatir di mana Bandai Namco hari ini mengumumkan satu permainan percuma untuk anda.

Bermula hari ini sehingga 10 Mei ini, Bandai Namco menawarkan permainan PAC-MAN Championship Edition 2 secara percuma buat platform PlayStation 4, Xbox One dan juga PC melalui Steam.

PAC-MAN Championship Edition 2 semestinya adalah permainan berdasarkan siri permainan arked yang sangat terkenal iaitu PAC-MAN di mana melalui versi ini, ianya menyertakan beberapa kandungan tambahan seperti mod koperasi sebanyak dua pemain bersama dengan pelbagai peringkat permainan yang pemain boleh mainkan.

Jadi bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, anda boleh ke pautan di bawah untuk memuat-turunnya dan terus memiliki permainan tersebut di dalam perpustakaan permainan anda.

[download] Muat-Turun PlayStation 4: PAC-MAN Championship Edition 2 [/download] [download] Muat-Turun Xbox One: PAC-MAN Championship Edition 2 [/download] [download] Muat-Turun PC: PAC-MAN Championship Edition 2 [/download]

Leave a Reply