Skip to main content

Bandai Namco hari ini mengumumkan yang mana permainan Sword Art Online: Alicization Lycoris ditunda sehingga 10 Julai 2020 ini.

Permainan ini asalnya akan dilancarkan pada Mei ini dan kini, tarikh pelancaran baharu hanyalah lewat beberapa bulan sahaja dan platform pelancarannya masih kekal iaitu PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam.

Bersempena dengan pengumuman ini, Bandai Namco juga berkongsi satu iklan khas yang memperlihatkan tarikh pelancaran baharu permainan tersebut yang anda boleh tonton di bawah.

Menurut Yosuke Futami, penerbit permainan tersebut, beliau menyatakan mereka semestinya membangunkan permainan ini dengan tungkus lumus dan tidak sabar untuk melancarkannya buat peminat. Namun, untuk mengeluarkan permainan tersebut dengan kualiti yang lebih baik, mereka mengambil keputusan untuk menundanya beberapa bulan dan seperti yang kita sering dengar, penundaan ini adalah disebabkan wabak yang sedang tular sekarang ini.

Sword Art Online: Alicization Lycoris sekali lagi akan meletakkan pemain bermain sebagai Kirito di mana beliau akan mengembara di dunia Underworld, dan semestinya ianya adalah berdasarkan siri anime Sword Art Online yang memfokuskan bahagian Alicization.

Leave a Reply