Agents of SHIELD adalah siri TV sampingan MCU yang memfokuskan watak Coulson. Siri TV ini sudah berterusan selama enam musim dan musim ketujuh adalah di mana mereka temui hayat mereka. Dalam siri ini, Agent Coulson telah kembali mengetuai pasukan SHIELD untuk menyelamatkan dunia dari ancaman musuh.
Dalam video acah terkini di Twitter rasmi mereka, Coulson menyatakan yang mereka perlu menyelamatkan Hydra. Apakah maksud sebenar Coulson ini menjadi persoalan dan mengelirukan ramai orang. Kemusnahan oragnisasi Hydra bermula dari filem Captain America: The Winter Soldier dan diteruskan dalam siri Agents of SHIELD. Kita tahu yang siri TV ini berkait rapat dengan MCU kerana kemunculan Nick Fury dalam siri TV ini. Nick Fury dalam siri TV ini memainkan peranan penting, kerana ia terus bersambung dari filem Captain America: The Winter Soldier. Pasukan Agents of SHIELD turut telah menewaskan Hydra. Jadi kenapa Hydra perlu diselamatkan?
Jika anda ingat, dalam filem Captain America: The Winter Soldier – Arnim Zola ada katakan yang Hydra sudah memasuki SHIELD sejak zaman SHIELD baru sahaja ditubuhkan. Ini bermakna, tanpa agenda rahsia Hydra – SHIELD tidak boleh beroperasi seperti biasa. SHIELD juga telah dibubarkan sejak situasi dalam Winter Soldier dan penyambungannya turut diperlihatkan dalam siri TV ini. Jadi dengan menyelamatkan Hydra, adakah Coulson ingin kembalikan SHIELD ke dalam dunia MCU? Adakah dalam filem-filem MCU akan datang, kita akan lihat SHIELD memainkan peranan?

Menjadikan musim akhir siri TV ini adalah rentas-siri dengan siri TV Agent Carter. Selari dengan video acah yang memperlihatkan Coulson dan Quake berpakaian mewah klasik – ia mengesahkan yang mereka telah bermain dengan masa untuk pergi ke masa silam. Agent Carter juga adalah siri TV yang berkait dengan MCU, cuma ia berlaku pada abad ke-20. Entertainment Weekly pada minggu lepas telah memperlihatkan kembalinya watak Daniel Sousa lakonan oleh Enver Gjokaj. Beliau adalah antara Ejen SHIELD yang terawal. Dengan rentas siri ini, ia akan menjadikan jalan cerita mungkin lebih gempak.
Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan siaran Agents of SHIELD pada 27 Mei ini.